Cuba bayangkan tiba-tiba anda dipanggil untuk memberikan ucapan di depan khalayak ramai. Audiens anda adalah dari golongan yang dihormati dan lebih tinggi dari anda dari segi pendidikan, jawatan mahupun usia. Mesti anda rasa serba tak kena, rasa gementar, mula rasa sejuk beku di seluruh anggota badan. Dan yang paling wajib adalah jantung anda berdegup dengan laju dan kencang sekali. Ini adalah kesan-kesan biasa kalau anda rasa gemuruh dan tak yakin. Malah ada yang lagi teruk sampai rasa nak pitam sume bagai. Bagi sesiapa yang sudah biasa berucap, mungkin situasi "tertekan" tu boleh di atasi, anda boleh berucap dengan yakin dan slumbernya. Tapi bagi yang tidak penah berucap atau tidak biasa berhadapan dengan situasi tersebut, mesti rasa nak ada kuasa superpower yang boleh menyebabkan kita hilang serta merta atau nak mintak tolong dari doremon! Wow, kan best kalau doremon ada. Macam-macam rasa nak mintak nih. *DAY DREAMING JAP* Ok.. Sekarang dah melalut. Back to topic. Saya terpikir nak share topik ni sebab saya ni dalam kategori darah gemuruh jugak. Dan minggu lepas baru saje menggantikan boss untuk buat presentation dalam mesyuarat pagi di hadapan pengarah, timbalan-timbalan serta ketua unit/jabatan. Mula-mula rasa nak je cakap kat boss, "boss, nape pilih saya?? saya takot la..kan ramai lagi orang lain.." Tapi lupakan hasrat tu, nak tak nak kena la jugak hadapai benda tu. Think positive dan saya sahut cabaran tu untuk tengok kemampuan diri sendiri. Saya pujuk diri, bukan senang nak dapat peluang macam ni. Ambil saje sebagai pengalaman. Lain-lain hal, belakang kira. Mana ada orang terus jadi perfect. Slide untuk powerpoint, boss dah tengok dan edit. Sekarang masalahnya kalau slide cantik, tapi tiada keyakinan dalam penyampaian, tak guna jugak kan. Masalah paling utama saya, saya akan rasa mengigil bila pegang mic (tapi bila karoke ngan kawan-kawan, haram ada rasa gigil tu). Macam mana ye nak kurangkan rasa darah gemuruh, gementar dan tidak yakin?? so, here is the tips:
1) Ini adalah kenyataan yang kita kena hadapai. Nak tak nak, harus jugak. Memang tiada jalan keluar lagi. Redah je!
2) Buat persiapan. Sediakan teks ucapan. Cuba bercakap di depan cermin. Jika keadaaan sangat memaksa yang mana anda perlu berucap pada masa dan ketika itu jugak, sediakan teks ucapan dalam minda. Tidak perlu ayat-ayat yang panjang, cukup dengan point sahaja kerana bila anda berucap nanti akan datang ayat-ayat itu dengan sendirinya.
3) Control penafasan. Cuba bernafas seperti biasa. Selang selikan dengan menarik nafas yang panjang untuk membenarkan oksigen masuk ke dalam badan anda. Ini penting untuk mengawal degupan jantung dan membenarkan oksigen masuk ke dalam otak untuk membuat anda berfikir dengan waras serta menghasilkan idea yang bernas.
4) Lakukan dengan spontan dan elakkan terlalu terikat dengan teks.
5) Jika boleh selitkan unsur humor, ini untuk mengelakkan audiens jemu dan terikat dengan protokol. (Jika majlis membenarkan anda berjenaka, jika tidak, lebih baik jangan buat.)
6) Bercantik-cantik la sedikit. Apa salahnya sekali sekala bergaya dan mengenakan alat solek. Bila anda cantik atau hensem, secara tidak langsung, terbitlah rasa yakin dalam diri.
7) Ada yang kata sebelum berucap makan terlebih dahulu. Dan minum sebotol air kosong. Untuk mengilangkan gementar. (Bolehlah anda cuba sebab saya tak pernah cuba lagi. Saya risau nak minum air banyak-banyak sebab risau nanti asyik nak ke tandas pula.)
8)Tawakal kepada Allah. Berserah kepada Allah. Amalkan membaca surah-surah dan selawat.
9) Mulakan dengan بسم الله الرحمن الرحيم
10) Good Luck!
Harap-harap tips kat atas ni dapat membantu serba sedikit. Apepun, terpulang pada diri sendri. Yakin boleh! =)
| Ni gambar masa pengucapan awam untuk kursus induksi.. Ye, sebab saya sangat 'tinggi', saya terpaksa mendongak sedikit.. duh! =p |

No comments:
Post a Comment