Saturday, 16 July 2011

Potluck =)

Potluck, atau bahasa yang kita-kita selalu guna, jamuan bawak bekal sendiri. Tak kisah la makanan tu masak sendiri ka, beli ka, suh orang lain buat ka, janji hang pa bawak sendiri. Sebaik-baiknya rancang la dulu siapa nak bawak makanan utama, pencuci mulut dan lain-lain. Nanti ada yang terbawak makanan yang sama tu, tak best la pulak. Ni cerita pasal potluck bukan apa. Jumaat lepas (15/7/2011), dekat office ada buat jamuan potluck ni. Saya dengan rasa sangat berkeyakinan cuba menghasilkan pajeri nenas (padahal siang-siang lagi da mintak resepi dari mama..hahaha ;p) Setelah membeli belah bahan-bahan di pasar malam, maka terhasil lah pajeri nenas ku yang pertama. Pada hari berkenaan, banyak la makanan-makanan yang dibawa oleh badang-badang unit rekod perubatan hrpb. Tujuan utama majlis ini adalah untuk meraikan seorang student praktikal dari uitm yang sudah habis melakukan edisi kutip-kutip dan kongsi-kongsi ilmu beliau di sini. Jadi majlis perpisahan ini sekali dengan majlis suka-suka merapatkan silatulrahim di hari jumaat la. So, enjoy da pitchas..

Pajeri nenas in making.

Tu dia macam-macam ada.

View dari sini pulak.

Kegemaran. Kerabu ulam acik pah. Sedap!!

Bila tutup tupperware suda dibuka. Nyum2..

=P

Gambaq atas nih bukan potluck ye rakan-rakan. Hehehe. Ini adalah dinner yang saya masak untuk diri sendiri makan jap ni tadi. Jadi lah dari tak de. Janji perut kenyang. Alhamdulillah..

No comments:

Post a Comment