Rasa macam ntah pape je. Ape pun tak boley. Kerja tak pernahnya sudah. Makin hari makin bertambah. Dengan macam-macam konflik dalaman lagi. Dengan skim perkhidmatan yang masih blur-blur lagi *bukan blur..haish..malas nak cakap lah* . Sume tu telah membuatkan mood ni rasa macam... hurm... Pegi keje pun rasa tak de semangat. Ntah la. Kalau suasana kerja tu best, mungkin dapat membantu. Bila la nak wujud suasana harmoni kat tempat kerja. Orang ni kata orang tu, orang tu kata orang ni. Tak boleh pakai langsung. Ntah-ntah aku ni pun ade yang kata-kata kat belakang. Terpulang la. Malas nak amik peduli, malas nak amik hati.
Sebilangan yang kurang beradab ni pun kadang-kadang buat aku stress jugak nak pegi keje. Maybe sebab aku muda, senang nak dibuli-buli. Aku pun bukan jenis berkira ko sape, aku sape. Aku pun tak mintak sape-sape hormat aku yang dasyat-dasyat pun. Just hormat aku sebagai seorang perempuan. Itu sahaja. Melampau ke permintaan aku? Aku rasa tak. Tapi mungkin bagi orang yang kurang adab ni, payah kot diorang nak pikir bende-bende macam tu. Mereka lagi suke memanipulasikan kata-kata kita, menguji kita, kononnya diorang ni banyak kerja, kerja kita ni goyang kaki je. Penat bila kita perah-perah otak pikir macam mana nak mudahkan lagi kerja meraka, berlawan kata dengan bos untuk pertahankan mutu kerja mereka *padahal.. hakikatnya lu pikir la sendiri* , tapi tak dihargai. Dibalas dengan tingkah laku dan ayat-ayat kurang ajar lagi ada la. Penah ada satu masa, sebab tak tahan sangat, tumpah juga air mata yang ditahan-tahan. Tapi kat toilet la. Kalau menangis depan muka-muka yang terlibat, suke la mereka. Kalau dah perempuan, perempuan juga. Lemah sangat rasa. Kesimpualannya, lelaki dan wanita boleh berkerjasama. Wanita boleh menerima arahan daripada lelaki. Tapi lelaki kurang yang boleh menerima arahan dari wanita. Mungkin ego yang terlampau tinggi agaknya. Kalau ego tinggi, buktikan diri tu yang terbaik. Buat aku kagum dan hormat dengan kematangan kamu. Usia makin meningkat, takkan nak jadi macam budak-budak lagi bro..
Menjadi golongan pertengahan memang menempah kene tersepit antara orang atasan dengan orang bawahan. Dan orang tak pernah pandang pun golongan pertengahan ni. Ini adalah kenyataan. Ape pun, jawatan, pangkat, hormat, kekayaan, sume tu dunia saje. Nanti kita akan tinggalkan jugak semua tu. Lakukan kerja sehabis baik, tu dah mencukupi. Sebab kerja adalah ibadah. Bersyukurlah wahai Wanie. Ramai lagi yang menganggur kat luar. Ramai jugak yang kurang bernasib baik kat luar sana yang berkerja bukan seperti apa yang sepatutnya kelayakan akademik yang mereka ada. Bersyukurlah! Jangan merungut! *bukan main lagi dah tulis panjang-panjang ye..*
Emm.. melihat pada diri sendiri sekarang ni, makin independent aku ni. Sumenye aku buat sendiri. Keputusan sendiri, kesakitan sendiri, kepenatan sendiri. Segala apa yang korang tengok, itulah aku. Kalau buruk, buruk lah. Kalau jahat, jahat lah. Ape-ape tindakan sume atas penilaian sendiri. Kadang-kadang aku mintak pendapat parents dan adik beradik. Drive jauh-jauh pun dah boleh sorang-sorang. Shopping sorang-sorang. Hehe. Teringat siang tadi jalan-jalan kat jusco nak cari barang, dengan kasut tinggi lepas balik ofis, terkedek-kedek pusing dalam jusco. Dah penat, aku duduk kat kerusi jap. Datang budak kecik cina umur dalam 3 tahun kot, sengeh-sengeh kat aku. Layan je la budak kecik jap. Bagi dia happy sebab aku tegur dia. Sakit kaki usah cakap. Jealous jugak tengak couple-couple berjalan berdua, barang pegang sorang sikit. Aku ni sume pegang sendiri. Macam pokok krismas yang rendang dah jadinya. Makan sorang-sorang. Tengok wayang sorang-sorang. Bukan tak da kawan, tapi kawan-kawan jauh. Wah! tragiknya cerita aku nih. Ok, ini bukan cerita meraih simpati. Hahaha!
Tula waniey... Ada orang nak, kamu tolak. Budget hot sangat la kan. Kan da tak tau nak share cerita sume kat sape, kat blog yang tah pape ni jugak kamu bercerita. Tapi ape kan daya. Hati ni tk de untuk mereka. Dari aku menipu diri sendiri dan juga hati yang terlibat, lebih baik aku jujur. Peace!
*moga kesunyian dan kesepian yang aku lalui ini adalah antara yang termanis dalam hidup. bukakanlah hati ku ini pada jodohku yang sebenar. berikanlah jodoh yang terbaik untuk ku. jika tiada, berikanlah kebahagiaan dalam kehidupan yang aku lalui kini. aku redha.*
![]() |
| yeah!! chill <3 |


No comments:
Post a Comment