Friday, 30 December 2011

Dua Kosong Satu Dua (2012)

Salam..
Tak tahu la kenapa. Sejak kebelakangan ni, hati rasa kurang tenang. Rasa berdebar-debar. Ya Allah Ya Tuhan ku, ampunkan dosa-dosa ku. tenangkanlah hati hamba-Mu ini. 
Lagi beberapa hari dah masuk 2012. Aku masih takde buku planner thn 2012 ataupun kalender untuk tahun tu. Entahlah. Am i not excited to welcome new year? Sebab umur makin meningkat kot *hihihi*. Entahlah. Takut berharap. Tahun baru ni tak macam tahun-tahun sebelum ni. Dulu aku siap buat wish list lagi. 
Review untuk tahun 2011, alhamdulillah, hampir semua wish list tercapai. Cuma satu saje yang belum tercapai. Makanya carry forward ke tahun hadapan la ye. Ape yang aku harapkan 2012, akan memberikan kehidupan yang lebih baik dari sebelum ini. Berharap untuk menjadi hamba yang baik, anak yang baik, adik yang baik, rakan yg baik, pekerja yang baik, manusia yang baik lah senang cerita. insyaAllah. Ya Allah.. Permudahkan urusan hambamu di bumi yang sementara ini.

Dragon year. My year.

Ok, dikesempatan ini, saya mengucapkan selamat tahun baru. Semoga kita semua akan mendapat lebih baik dari tahun sebelum ni. Yang manis jadikan satu kenangan terindah dalam hidup. Yang pahit, buang jauh-jauh, ambil iktibar darinya. Ingat, bersangka baik selalu. Kita hanya penumpang di bumi Allah. Semuanya pinjaman. Moderate dalam kehidupan. Satu masa nanti kita akan diambil untuk pegi ke alam yang abadi. Bersediakah kita? Sentiasa maafkan orang lain setiap kali sebelum tidur. Jangan berdendam. Jangan menolak takdir. Allah lebih tahu yang terbaik untuk kita. Jangan berhenti berdoa. Jangan lupa Dia. *Ingatan untuk diri sendiri yang selalu lupa dan terleka juga untuk yang sudi membaca*

salam Jumaat terakhir 2011..

Sunday, 25 December 2011

Rules in life..


Yezza! Sangat setuju. Ape pun, nak seribu daya. Tak hendak seribu dalih. Jangan cepat mengalah. Kita kena berusaha. Tapi kalau dah berusaha masih lagi tak dapat, maknanya Allah nak bagi yang lebih baik. Allah kan maha mengetahui. Dia jadikan semuanya bersebab. Jangan cepat mengalah ^^v


“Berpisahlah, nescaya kau dapati ganti orang yang kau tinggalkan. Mengembaralah di bumi, nescaya kau temui petunjuk dalam perjalanan itu. Singa jika tidak meninggalkan hutannya, tidak akan garang. Anak panah jika tidak meninggalkan busarnya tidak akan mengena sasaran”. (Fawat al-Fawayat 3/87, Beirut: Dar al-Sadir).
 “..dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya”. (Surah al-Baqarah: 216).
 “..dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari masalahnya). Serta memberinya rezeki dari jalan yang dia tidak sangka. dan sesiapa bertawakal kepada Allah, maka cukuplah Allah itu baginya (untuk menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala urusanNya. Allah telahpun menentukan kadar bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. (Surah al-Talaq: 2-3).
 
**ini adalah hasil bacaan dari buku-buku. sengaja nak share. peringatan untuk diri yang sering terleka dan lupa juga untuk anda yang singgah di blog ini. thanks for reading.** 

Tuesday, 20 December 2011

Tah pape je..

Rasa macam ntah pape je. Ape pun tak boley. Kerja tak pernahnya sudah. Makin hari makin bertambah. Dengan macam-macam konflik dalaman lagi. Dengan skim perkhidmatan yang masih blur-blur lagi *bukan blur..haish..malas nak cakap lah* . Sume tu telah membuatkan mood ni rasa macam... hurm... Pegi keje pun rasa tak de semangat. Ntah la. Kalau suasana kerja tu best, mungkin dapat membantu. Bila la nak wujud suasana harmoni kat tempat kerja. Orang ni kata orang tu, orang tu kata orang ni. Tak boleh pakai langsung. Ntah-ntah aku ni pun ade yang kata-kata kat belakang. Terpulang la. Malas nak amik peduli, malas nak amik hati. 

Sebilangan yang kurang beradab ni pun kadang-kadang buat aku stress jugak nak pegi keje. Maybe sebab aku muda, senang nak dibuli-buli. Aku pun bukan jenis berkira ko sape, aku sape. Aku pun tak mintak sape-sape hormat aku yang dasyat-dasyat pun. Just hormat aku sebagai seorang perempuan. Itu sahaja. Melampau ke permintaan aku? Aku rasa tak. Tapi mungkin bagi orang yang kurang adab ni, payah kot diorang nak pikir bende-bende macam tu. Mereka lagi suke memanipulasikan kata-kata kita, menguji kita, kononnya diorang ni banyak kerja, kerja kita ni goyang kaki je. Penat bila kita perah-perah otak pikir macam mana nak mudahkan lagi kerja meraka, berlawan kata dengan bos untuk pertahankan mutu kerja mereka *padahal.. hakikatnya lu pikir la sendiri* , tapi tak dihargai. Dibalas dengan tingkah laku dan ayat-ayat kurang ajar lagi ada la. Penah ada satu masa, sebab tak tahan sangat, tumpah juga air mata yang ditahan-tahan. Tapi kat toilet la. Kalau menangis depan muka-muka yang terlibat, suke la mereka. Kalau dah perempuan, perempuan juga. Lemah sangat rasa. Kesimpualannya, lelaki dan wanita boleh berkerjasama. Wanita boleh menerima arahan daripada lelaki. Tapi lelaki kurang yang boleh menerima arahan dari wanita. Mungkin ego yang terlampau tinggi agaknya. Kalau ego tinggi, buktikan diri tu yang terbaik. Buat aku kagum dan hormat dengan kematangan kamu. Usia makin meningkat, takkan nak jadi macam budak-budak lagi bro.. 

Menjadi golongan pertengahan memang menempah kene tersepit antara orang atasan dengan orang bawahan. Dan orang tak pernah pandang pun golongan pertengahan ni. Ini adalah kenyataan. Ape pun, jawatan, pangkat, hormat, kekayaan, sume tu dunia saje. Nanti kita akan tinggalkan jugak semua tu. Lakukan kerja sehabis baik, tu dah mencukupi. Sebab kerja adalah ibadah. Bersyukurlah wahai Wanie. Ramai lagi yang menganggur kat luar. Ramai jugak yang kurang bernasib baik kat luar sana yang berkerja bukan seperti apa yang sepatutnya kelayakan akademik yang mereka ada. Bersyukurlah! Jangan merungut! *bukan main lagi dah tulis panjang-panjang ye..*

Emm.. melihat pada diri sendiri sekarang ni, makin independent aku ni. Sumenye aku buat sendiri. Keputusan sendiri, kesakitan sendiri, kepenatan sendiri. Segala apa yang korang tengok, itulah aku. Kalau buruk, buruk lah. Kalau jahat, jahat lah. Ape-ape tindakan sume atas penilaian sendiri. Kadang-kadang aku mintak pendapat parents dan adik beradik. Drive jauh-jauh pun dah boleh sorang-sorang. Shopping sorang-sorang. Hehe. Teringat siang tadi jalan-jalan kat jusco nak cari barang, dengan kasut tinggi lepas balik ofis, terkedek-kedek pusing dalam jusco. Dah penat, aku duduk kat kerusi jap. Datang budak kecik cina umur dalam 3 tahun kot, sengeh-sengeh kat aku. Layan je la budak kecik jap. Bagi dia happy sebab aku tegur dia. Sakit kaki usah cakap. Jealous jugak tengak couple-couple berjalan berdua, barang pegang sorang sikit. Aku ni sume pegang sendiri. Macam pokok krismas yang rendang dah jadinya. Makan sorang-sorang. Tengok wayang sorang-sorang. Bukan tak da kawan, tapi kawan-kawan jauh. Wah! tragiknya cerita aku nih. Ok, ini bukan cerita meraih simpati. Hahaha!

Tula waniey... Ada orang nak, kamu tolak. Budget hot sangat la kan. Kan da tak tau nak share cerita sume kat sape, kat blog yang tah pape ni jugak kamu bercerita. Tapi ape kan daya. Hati ni tk de untuk mereka. Dari aku menipu diri sendiri dan juga hati yang terlibat, lebih baik aku jujur. Peace!

*moga kesunyian dan kesepian yang aku lalui ini adalah antara yang termanis dalam hidup. bukakanlah hati ku ini pada jodohku yang sebenar. berikanlah jodoh yang terbaik untuk ku. jika tiada, berikanlah kebahagiaan dalam kehidupan yang aku lalui kini. aku redha.*

yeah!! chill <3

Thursday, 15 December 2011

Ingat sama2..

"jangan ditambah tanda tanya dimana Allah telah letak titik noktah"

"bersangka baiklah selalu"


Sunday, 4 December 2011

"Happiness is like a butterfly. The more you chase it, the more it will elude you. But if you turn your attention to other things, it will come and sit softly on your shoulder."

 

~Si Chubby~

 Gambar atas ni langsung tiada kene mengena dengan quotes pasal butterfly. Rasa macam dah gemok masa dalam gambar tu. Tapi dah kembali pada berat asal sebab tengah demam sekarang ni. 

Fakta: Dalam shopping bag pada gambar di atas adalah hasil membeli belah di f block. Tahukah anda saya belum pakai lagi dress dan hand beg tersebut. Saya ada masalah membeli, tapi tak tahu nak pakai bila. Tak ada event yang sesuai.Nasib dress tersebut sama seperti baju-baju yang lain. Akhirnya ia akan tergantung sahaja dalam almari. Sekian.

Saturday, 19 November 2011

Whisper from heart..

Dear girl,

I think its time for you to let go of him. He has hurt you and me to much. Just let the memories fade. Its time to leave him behind. I know it will be hard, but its for the best. Do trust me. Remember, always follow your heart and everything will be fine. Be strong.

Love always,
"Your HEART"


It takes time to heal. It need someone to make it feel better.

*chill*

Monday, 31 October 2011

Merepek di pejabat..

Time lunch hour kalau tak kemana, memang bosan. Nak tidur nanti susah pulak nak bangun balik. Rasa malas-malas je nanti. Disebabkan hari ni bawak lappy pegi office, saje la menggedik amik gambar sendiri. Macam tak de kerja je nak buat. Padahal boleh je sambung kerja sikit-sikit. Tak pun pegi solat ke. Tapi saje nak pegi solat pukul 2. Lagi pun surau penuh time-time gini. Ada orang suke baring-baring *ayat nak sedapkan hati sendiri*.


Say hi to my apam polkodot. Bestkan bawak bekal hasil tangan sendiri. ngeeeeee~~~~~

Aumm.... *edisi control ayu*

Nyum! nyum! sedap.....
 Lunch apam polkodot je. Percaya tak???

***ok.. jangan percaya.. tipu je.. tadi dah makan nasi ayam beli kat eden bawah ni...***

Apam polkadot.. dot.. dot..

Hari sabtu lepas bangun-bangun dari tidur terus bukak lappy *kantoi tak cuci muka and gosok gigi dulu*. Dah bukak lappy haruslah online. Jenguk-jenguk ke dunia facebook sekejap, then google sana sini pulak. Google la segala resepi yang ada. Sekali ternampak resepi apam polkadot (website: my resipi). Tengok feedback dari orang ramai yang dah cuba, macam senang sangat. Teruja rasanya bila kebanyakannya cakap first time buat terus jadi dan rasa pun sedap. Maka, tanpa melengahkan masa yang sangat berharga *ehem!* , teruslah snap bahan-bahannya *malas nak salin*. After dah beli bahan-bahan yang diperlukan, teruslah membuatnya dengan perasaan berdebar-debar sekali. Sangat tak sabar dan tertanya-tanya jadi ke tidak apam ni. Kalau tak jadi, sadis sekali. Alangkah syoknya sebab jadi. Hahahahahaha *gelak gembira*. Kalau tak jadi, confirm la gua tak share kat sini. Dua kali buat kuih apam ni. Syok wooo!!

So, ini lah bahan-bahan yang diperlukan:
  • 3 biji telur
  • 220 gm gula halus *caster sugar*
  • 1 sudu kecil ovalette
  • 275 gm tepung gandum
  • 3 sudu besar baking powder 
  • 150 ml susu cair
  • Filling *ikut citarasa masing-masing*
  • Pewarna *sekurang-kurangnya 2 warna yang berbeza

Cara-cara pembuatannya adalah seperti berikut:
 
Mula-mula pukul telur, ovalette dan gula dengan kelajuan maximum *pakai mixer la*

Sampai la acuan jadi warna putih.

Sambil tunggu acuan yang pertama tadi, boleh la campurkan serbuk penaik dengan tepung gandum.

Kemudian, masukkan susu cair dan tepung gandum yang dah dicampurkan tadi. Pukul lagi dengan kelajuan minimum pulak.

Bahagikan kepada beberapa bekas *ikut kepada warna pilihan hati*. Tapi rasanya jangan taruk banyak sangat pewarna kot. Sebab nanti jadi pekat sangat. Orang pun takut makan. Apepun, terpulang. Jangan stress-stress nak pikir. Dapur bukan tempat kerja yang perlu rasa stress. Hehehe..

Masukkan kedalam pilling. *tiba-tiba warna lain. ni 2nd time buat. yg 1st time buat lupa amik gambar*.

Then picit lebih kurang suku lebih acuan, masukkan pulak filling *pakai sudu kecik pun boleh*. Pastu isi lagi acuan sampai la 3/4 cup macam tu.

Nak buat dot-dot tu, kena la pakai warna yang lain pulak. Gunting kecik je hujung pilling. Ikot suka hati jugak. Kalau nak buat apam polkadot, mesti la letak dot-dot. Kalau nak buat apam smiley, buat la smiley bagai. Tak pun nak tulis nama pun boleh. Masa ni la nak tunjuk bakat seni yang ada. Nak lukis permandangan pun boleh *ok, tipu je*


Masa itu kukus acuan tadi. Lebih kurang dalam 15 minit. *letak kain putih tu sebab tak nak air menitik atas apam. tapi tak letak pun tak pe kot*

Tadaa! Suda siap.

Ini masa 1st time.
Ini masa 2nd time.

Smile! *this one special dedicate to this blog*

Senangkan? Selamat mencuba!


Sunday, 16 October 2011

Study hard.. no, no.. study smart.. ehem!

damn! susah juga study pjj ni. hampir-hampir menyerah kalah. tapi ku gagahkan jua. terasa sangat perbezaan study full time dengan pjj ni. dulu kalau tak paham, anytime boleh rujuk pada lecturer. tak pun rakan-rakan confirm boleh membantu. sekarang ni semua sendiri. kerana segulung ijazah, ku gagahkan jua. harap-harap segala pengorbanan ini berbaloi. susah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. insyaAllah. diri ini merancang, Allah juga merancang. sebaik-baik perancang adalah Dia. semoga dipermudahkan perjalanan ini. amin.. and before that, layan dulu makcik yang tengah serabut nak settle assignment management accounting beliau. sesungguhnya makcik ini sangat tidak suka kepada account. sila doakan makcik ini berjaya mengharungi hidup-hidup bersama benda yang beliau kurang gemar itu. 

hye.. makcik tgh buat keje skolah..

makcik da start nk jd gila..

makcik cuba meraih simpati..

makcik seperti mendapat idea!

seperti idea nakal yg muncul dalam kepala makcik..

makcik cube cover2 dgn memberi pose "peace"

makcik konon2 buat muka comel..tp makcik, mcm biasa.. tk jadi..

shhhhhhh! dah la..jgn merepek.. p smbung buat keja skolah!

Friday, 7 October 2011

oh no.. its rain and i'm cold! =p


When I look into your eyes
I can see a love restrained
But darlin' when I hold you
Don't you know I feel the same
'Cause nothin' lasts forever
And we both know hearts can change
And it's hard to hold a candle
In the cold November rain

We've been through this such a long long time
Just tryin' to kill the pain
But lovers always come and lovers always go
An no one's really sure who's lettin' go today
Walking away
If we could take the time to lay it on the line
I could rest my head
just knowin' that you were mine
All mine
So if you want to love me
then darlin' don't refrain
Or I'll just end up walkin'
in the cold November rain
"Do you need some time.. on your own
Do you need some time.. all alone
Everybody needs some time.. on their own
Don't you know you need some time.. all alone"

I know it's hard to keep an open heart
When even friends seem out to harm you
But if you could heal a broken heart
Wouldn't time be out to charm you
"Sometimes I need some time.. on my own
Sometimes I need some time.. all alone
Everybody needs some time.. on their own
Don't you know you need some time.. all alone"

And when your fears subside
and shadows still remain
I know that you can love me
when there's no one left to blame
So never mind the darkness
we still can find a way
'Cause nothin' lasts forever
even cold November rain
Don't ya think that you need somebody
Don't ya think that you need someone
Everybody needs somebody
You're not the only one
You're not the only one

Monday, 3 October 2011

Saya selekeh.. ~edisi ada keja, sengaja cari keja lain yg lagha~

Hujung minggu yang kononnya tak dak keja nak buat, tapi hakikatnya banyak keja menimbun menanti. Sengaja dok godek2 laptop. Amik muka sendiri. Dah tu tak dak sapa kat rumah. Muka diri sendiri yang bajet hot ni la yang jadi mangsa. Lain la kalau ada suami ka, anak ka, anak kucing ka. Bleh la bergambaq bersama. Sebenarnya ni muka tak mandi lagi. Baru lepas sidai kain, kemas bilik. Shawl tu pun main amik ja, letak kat kepala. Hamek ko, burukkan muka saya! *shhh...ni rahsia..nanti saya da tak market la..hahaha*

try buat muke comel..tapi hampa, hasilnya buruk sekali..

hi..nama saya makcik wani.. makcik dah tua.. uhuk2..

tapi makcik cool.. makcik bleh bg peace lg.. adeh!

Sunday, 2 October 2011

Hey, Listen.

smile! u just out from long and scary nightmare =)

dunno where to start, where to begin.. but as i know, its END.. dont want to remember.. dont want to think about that anymore.. the book is closed.. dont be the judges.. no one can say anything.. either me wrong or u wrong.. not us to decide it.. there is "Someone" up there that saw all that happened.. Leave it to Allah.. 'He' knows better.. all of us will get our part =)

Monday, 8 August 2011

Mr Crab !!

In the making..

Tadaaaa.. yummy!

Finally, mr crabs da jadi lauk..thanks mama for da recipe..
Nanti nk masak lagik!

Monday, 25 July 2011

Saturday, 16 July 2011

Potluck =)

Potluck, atau bahasa yang kita-kita selalu guna, jamuan bawak bekal sendiri. Tak kisah la makanan tu masak sendiri ka, beli ka, suh orang lain buat ka, janji hang pa bawak sendiri. Sebaik-baiknya rancang la dulu siapa nak bawak makanan utama, pencuci mulut dan lain-lain. Nanti ada yang terbawak makanan yang sama tu, tak best la pulak. Ni cerita pasal potluck bukan apa. Jumaat lepas (15/7/2011), dekat office ada buat jamuan potluck ni. Saya dengan rasa sangat berkeyakinan cuba menghasilkan pajeri nenas (padahal siang-siang lagi da mintak resepi dari mama..hahaha ;p) Setelah membeli belah bahan-bahan di pasar malam, maka terhasil lah pajeri nenas ku yang pertama. Pada hari berkenaan, banyak la makanan-makanan yang dibawa oleh badang-badang unit rekod perubatan hrpb. Tujuan utama majlis ini adalah untuk meraikan seorang student praktikal dari uitm yang sudah habis melakukan edisi kutip-kutip dan kongsi-kongsi ilmu beliau di sini. Jadi majlis perpisahan ini sekali dengan majlis suka-suka merapatkan silatulrahim di hari jumaat la. So, enjoy da pitchas..

Pajeri nenas in making.

Tu dia macam-macam ada.

View dari sini pulak.

Kegemaran. Kerabu ulam acik pah. Sedap!!

Bila tutup tupperware suda dibuka. Nyum2..

=P

Gambaq atas nih bukan potluck ye rakan-rakan. Hehehe. Ini adalah dinner yang saya masak untuk diri sendiri makan jap ni tadi. Jadi lah dari tak de. Janji perut kenyang. Alhamdulillah..

Tuesday, 5 July 2011

my BFF..

We have been together since 2002 (form 2). Jadi rapat dengan gadis ayu yang sempoi ni sebab selalu dapat kelas yang sama masa kat TCS. Since that, she is my BFF. Always there for me no matter what. Kami redah sahaja up and down dalam kehidupan ni. Even masing-masing dah further study jauh-jauh, tapi kami tetap keep in touch sampai la masing-masing pun da kerja sekarang ni. One thing that i admire about her, she's got a great personality. Just last night, we go for a date. Karoke time! 

me with ily..

again.. me with ily (i love u).. hehehe

feeling giler org tu nyanyi..kasi dush skit.. =)

lalalala~~~

ili diana + nur syazwani

berusaha amik gambar bawah cahaya lampu! hahaha


adik saya =)

weeee!!
welcome to ipoh untuk leen <--- sila click untuk ke blog beliau..
thanks sebab sudi datang ke ipoh ni jumpe akak..
datang dari melaka lagi tau..
=)
hope adik misi kita ni akan jadi nurse yang paling berjaya..
love u lah dik!!